KOTA SAMARAHAN, 4 MEI 2023 – Seramai lebih kurang 67 orang peserta dari kalangan pelajar dan kakitangan Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Kampus Samarahan telah mengikuti Program Senamrobik Fit@Community Siri 6 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Pelajar Kampus Samarahan.
Program ini dilaksanakan sebanyak 10 Siri melibatkan aktiviti Senamrobik, Akuarobik dan Zumba. Ianya adalah bertujuan untuk memberi galakkan kepada semua golongan maasyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sihat khususnya yang melibatkan kecergasan diri berpandukan konsep sukan untuk semua iaitu tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.
Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan (KSKKS).
- JBS Sarawak
- Hits: 130
