Kuching, 15 April 2023 - Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan telah diadakan di Masjid Jamek Petrajaya, Kuching, Sarawak. Program bubur lambuk ini telah disempurakan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai.
Program ini merupakan kerjasama pertama di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Selain mengeratkan hubungan, program ini juga menjadi salah satu platform untuk belia remaja dalam mengimarahkan bulan ramadan dengan melakukan kebajikan sekaligus untuk mendapat ganjaran pahala.
Turut hadir dalam program ini adalah Encik Syed Zyed Bin Wan Asnawi Pegawai Tugas Khas YABTimbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P194 Petrajaya dan Encik Rahmat bin Elli, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 168
