MUKAH, 18 APRIL 2023 – Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab, Pegawai Unit Pembangunan Belia Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah mengadakan kunjungan rasmi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai pada 17 April 2023 untuk berjumpa dengan Encik Shariff Bin Umar, Pengetua SMK Belawai. Perjumpaan tersebut bagi membincangkan Program Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah Belawai yang akan dilaksanakan di sekolah tersebut. Turut hadir Encik Muliadi Bin Hud, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Belawai.
Program tersebut dijadualkan akan dilaksanakan pada 9 Mei 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai dengan pengisian pelbagai program bersempena Ambang Hari Belia Negara seperti aktiviti senamrobik, bacaan ikrar belia, ceramah pengenalan kepada Hari Belia Negara dan acara sukaneka. Program tersebut akan melibatkan guru-guru dan para pelajar SMK Belawai sebagai tanda sokongan pihak sekolah terhadap program ini dan seterusnya dapat mendedahkan guru-guru dan para pelajar dengan program dari agensi luar.
- JBS Sarawak
- Hits: 192
