LIMBANG, 4 APRIL 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah menerima kehadiran kakitangan baru Puan Norian Binti Bungsu, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22. Seluruh warga PBSB Limbang mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang kepada Puan Noriah.
LIMBANG, 4 APRIL 2023 – Aerobic & Fitness Team Limbang yang diketuai oleh Kaunselor Daniel Taha telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa pada 1 April 2023 bertempat di Stesen Udang Galah Pabahanan (SUGP) Limbang.
Majlis tersebut dianjurkan bagi merapatkan lagi silaturrahim di kalangan para penggiat kecergasan dan juga Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang). Encik Zaini bin Abd Talib dan Encik Mohd Hafizul Helmi bin Md Zain telah hadir menyantuni jemputan ke majlis tersebut mewakili PBSB Limbang.
Mengambil peluang di majlis tersebut, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan tentang aktiviti dan perancangan kerjasama bagi melaksanakan program kecergasan sepanjang tahun 2023. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan memberikan impak positif terhadap pelaksanaan aktiviti kecergasan khususnya di Bahagian Limbang.
LIMBANG, 4 APRIL 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi pada 30 Mac 2023 bertempat di Pit Stop Restaurant Limbang bagi mengenang perpindahan Puan Hawina Binti Ali, Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N22.
Seluruh warga kerja PBSB Limbang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di PBSB Limbang. Bermula pada 3 April 2023 beliau akan berpindah dan berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja, Bahagian Limbang. Semoga beliau akan terus menunjukkan komitmen dan prestasi yang cemerlang di tempat baru kelak.
Di akhir majlis, Encik.Rynnille Elsther Peter mewakili Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
MIRI, 4 APRIL 2023 - Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah menganjurkan program Juh Sungkei Belia @ Miri pada 1 April 2023 (Sabtu) lepas yang bertempat di Miri City Fan. Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuklah Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri. Pada jam 5.00 petang tetamu kehormat telah hadir iaitu Dato Sri Lee Kim Shin yang mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Antara pengisian aktiviti yang dilaksanakan, pengagihan bubur lambuk yang dianjurkan oleh Seberkas Cawangan Pujut dan penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU). Bagi menceriakan lagi suasana pada petang tersebut, penampilan khas comedian yang tidak asing lagi bagi rakyat Sarawak iaitu Perey juga dijemput untuk mencuit hati pengunjung. Selain itu, sedikit hiburan alunan muzik yang dipersembahkan oleh Midnite Busker.
Dikhabarkan sekitar lebih 1,000 pengunjung telah hadir. Program Juh Sungkei ini bukan sahaja dihadiri oleh yang beragama islam, bahkan masyarakat yang beragama lain juga turut bersama untuk berbuka puasa pada petang tersebut. Semoga dengan adanya program ini mengukuhkan lagi hubungan masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.
Di sediakan oleh: Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, PBSB Sibu
KUCHING, 4 APRIL 2023 - Kursus Profesionalisme Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung selama 3 hari bermula 2 hingga 4 April 2023 bertempat di JBSN Sarawak telah dihadiri oleh semua pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian seluruh Negeri Sarawak.
Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak dengan menampilkan 4 orang panel penceramah bagi sepanjang kursus ini berlangsung. Dalam kursus ini merangkumi perihal Pengurusan Keselamatan Perlindungan menerusi perspektif Arahan Keselamatan dan juga banyak menyentuh berkaitan tatacara pengendalian dokumen rahsia rasmi kerajaan.
Melalui inisiatif ini, diharapkan intipati yang diperolehi daripada kursus ini dapat diterapkan di pejabat-pejabat bagi memastikan pengurusan dalam aspek keselamatan dapat dipertingkatkan.
SIBU , 3 APRIL 2023 - Projek MySaveFood Ramadan telah diadakan di Tapak Bazar Ramadan Phase 2, Sibu. Seramai 8 orang belia telah bergabung tenaga bagi menjayakan projek MySaveFood Ramadan ini yang berlangsung selama 8 hari dan bermula pada 3 sehingga 10 April 2023 ini.
Projek MySaveFood Ramadan merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan yang terjadi di bazar Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan peniaga bazar yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.
Melalui inisiatif ini, diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang lebih efektif.
Sebanyak 40 peniaga yang telah memberikan kerjasama yang baik dengan menyumbangkan lebihan makanan yang tidak habis di jual untuk diberikan kepada orang-orang yang memerlukan melalui Projek MySaveFood ini. Projek ini turut dipantau oleh Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi melancarkan projek tersebut.
SIBU , 2 APRIL 2023 - Promosi Projek MySaveFood Ramadan telah diadakan di Tapak Bazar Ramadan Phase 2, Sibu. Seramai 8 orang belia telah bergabung tenaga bagi mengenalpasti peniaga dan gerai- gerai yang ingin mengambil bahagian dalam MySaveFood Ramadan Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 3 sehingga 10 April 2023 ini.
Projek MySaveFood Ramadan merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan yang terjadi di bazar Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan peniaga bazar yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.
Melalui inisiatif ini, diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang lebih efektif.
Sebanyak 40 peniaga & gerai telah menunjukkan minat untuk bekerjasama sepanjang pelaksanaan projek ini. Promosi yang berlangsung hampir 3 jam tersebut telah dipantau oleh Puan Morni binti Ibrahim , Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu & juga Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
SIBU , 31 MAC 2023 - Taklimat Projek MySaveFood Ramadan telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu jam 3 petang. Seramai 8 orang belia yang telah dipilih sebagai Sukarelawan untuk bertugas dan membantu sepanjang program MySaveFood Ramadan berlangsung.
Projek MySaveFood Ramadan Peringkat Bahagian Sibu akan dilaksanakan pada 3 sehingga 10 April 2023 bertempat di Bazar Ramadan Phase 2, Sibu. Projek MySaveFood Ramadan merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan yang terjadi di bazar Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan peniaga bazar yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.
Melalui inisiatif ini, diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang lebih efektif.
Taklimat disampaikan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu
SAMARAHAN, 31 MAC 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk menghiaskan pejabat dengan bertemakan Sambutan Hari Raya Diraikan bersama. Semua kakitangan telah bersama-sama terlibat bagi menjayakan program ini.