- JBS Sarawak
- Hits: 175
MAJLIS PENUTUPAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-62 TAHUN 2023/1444H
Disediakan oleh: Diana Nuff Abdel Aziz, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 MAC 2023 – Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023/1444H telah melabuhkan tirainya. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Dewan Suarah, Sabtu lepas. Turut hadir wakil Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu puan Diana Nuff dan puan Zulaikha.
Seramai 19 orang peserta tilawah Al-Quran yang terdiri daripada 11 orang qari dan 8 orang qariah.Manakala, seramai 18 orang peserta hafazan yang terdiri daripada 8 orang hafiz dan 10 orang hafizah. Johan Tilawah Al-Quran bagi kategori Qari telah disandang oleh Hadi Bin Mohd Sharkawi,dari Kuching, manakala bagi kategori Qariah telah dijuarai oleh Nur Syakura Binti Mohamad Musa dari Kuching. Bagi pertandingan hafazan pula, Johan Hafazan telah dimenangi oleh Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Bin Abdul Rahman dari Institut Tahfiz Bintulu, manakala Johan kategori Hafizah telah dijuarai oleh Siti Asma’ Binti Adnan, SMKA Putra Jaya.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak kali ke-62 Tahun 2023/1444h.
- JBS Sarawak
- Hits: 175
