Disediakan oleh: Aimy Alisha Charlie, JBSN Sarawak
LIMBANG, 14 MAC 2023 - Satu Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Antara Agensi Tertutup Bahagian Limbang telah berlangsung pada 11 Mac 2023 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang. Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif mempromosikan gaya hidup sihat di samping mengasah bakat terpendam dikalangan para penjawat awam.
Antara agensi yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut adalah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, Pasukan Medic Hospital Limbang, Sarawak Energy Office (SESCO) Limbang, Pasukan Bomba dan Penyelamat Limbang, Pejabat Pertanian Limbang, Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang serta Pasukan Kompeni Alpha Batalion ke-10 Rejimen Sempadan Angkatan Tentera Malaysia. Turut hadir dalam acara tersebut adalah Encik Zaini bin Abd Talib, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Diharapkan penganjuran aktiviti kesukanan dan riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan secara tidak langsung mampu merapatkan hubungan di antara kakitangan pelbagai agensi
- JBS Sarawak
- Hits: 159
