- JBS Sarawak
- Hits: 140
PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN
Disediakan oleh: MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 7 MAC 2023 – Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih Kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah dilaksanakan oleh Puan Fatimah Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan S41 dari Cawangan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Cik Nurulzamzam Haji Shafie, Penolong Pegawai Belia dan Sukan S32 dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Pemeriksaan Aset telah dilakukan pada 7 Mac 2023 bertempat di Bilik Stor Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Proses pemeriksaan pelupusan tersebut melibatkan proses menyemak Daftar Harta Modal (KEW.PA-3) atau Dasar Aset Alih bernilai Rendah (KEW.PA-4) bagi aset yang hendak dlupuskan, serta menyemak KEW.PA-19 bagi aset yang memerlukan Perakuan Pelupusan Aset Alih (PEP 19) dan melengkapkan Borang Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-21).
- JBS Sarawak
- Hits: 140
