Disediakan oleh: Sharifah Zainab Wan Yahya, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 MAC 2023 – Sesi pertama rehabilitasi atlet Sukma Sarawak di kolam Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES) telah diadakan setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat selama 2 jam. Sesi rehab/pemulihan tersebut dilakukan 3 kali seminggu bermula pada 7 Mac 2023 yang lepas.
Danea Humairah, atlet 400m Sarawak telah menjalani sesi rehabilitasi tersebut serta di pantau oleh Encik Mohamad Arif Zulhilmi Alet, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching.
Proses rehabilitasi semasa fasa ini memberi tumpuan untuk menguatkan otot, tendon, ligament, tulang, meningkatkan julat pergerakan dan mengurangkan ketegangan pada bahagian yang cedera.
Pada peringkat ini, program rehabitasi memberi fokus kepada latihan fungsi dan latihan untuk memastikan atlet bersedia untuk kembali beraksi pada temasya Sukma 2024 akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 218
