- JBS Sarawak
- Hits: 137
PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG, PASUKAN TINJU REMAJA LIMBANG BERSEDIA MEMBERI TENTANGAN DI PETRA JAYA
Disediakan oleh: Aimy Alisha Charlie, JBSN Sarawak
LIMBANG, 7 MAC 2023 - Pasukan Tinju Remaja Limbang di bawah bimbingan Jurulatih Tony Anak Tuang telah menghantar seramai 8 orang atlet untuk berentap di Kejohanan Remaja dan Bakat Kebangsaan Tahun 2023. Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 6 Mac 2023 hingga 11 Mac 2023 bertempat di Dataran Kubah Ria, Petra Jaya.
Sebelum Pasukan Tinju Remaja Limbang bertolak ke Petra Jaya, Encik Zaini bin Abd Talib, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang sempat mengambil peluang untuk berjumpa dan memberikan kata-kata semangat kepada para atlet dan jurulatih. Antara perkara yang ditekankan adalah agar para atlet dapat menjaga disiplin diri, menjaga kesihatan serta sentiasa peka dengan setiap arahan kejohanan dari semasa ke semasa.
Walaupun perlu menempuhi perjalanan yang panjang selama 2 hari menggunakan kapal terbang serta jalan darat, diharapkan para atlet dapat terus kuat semangat serta mampu memberikan prestasi yang terbaik dalam kejohanan tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 137
