Disediakan oleh : Amy Noryanti Eni (PBSB Miri)
MIRI, 17 FEBRUARI 2023 – Satu inisiatif telah diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi memperhebatkan lagi kualiti dalam penyediaan, suntingan dan etika penerbitan media jabatan iaitu dengan mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan jabatan. Kursus ini berlangsung selama dua hari secara fizikal dan maya pada 13 dan 14 Februari 2023 yang lepas.. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri juga tidak melepaskan peluang tersebut demi menghasilkan berita yang terbaik untuk tatapan umum. PBSB Miri telah menghadiri kursus tersebut secara maya.
Pada hari pertama, beberapa pengisian telah dikongsikan dan salah satunya ialah mengamalkan komponen “5 W” iaitu when, where, who, what, why dan how. Komponen ini penting supaya maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca jelas dan padat. Selain itu, teknik pengambilan dan pemilihan gambar juga penting untuk menarik minat pembaca. Tatacara penggunaan aplikasi Canva juga diselitkan supaya mudah untuk menghasilkan poster, sijil, dan sebagainya lebih mudah dan cepat.
Setelah selesainya taklimat pada hari pertama, latihan amali telah diadakan bagi memudahkan lagi pemahaman yang telah disampaikan pada hari sebelumnya. Latihan yang telah diberikan ialah penyediaan berita, cara mengambil dan memilih gambar, dan seni reka poster. Banyak manfaat yang telah diperolehi dan ilmu yang telah disampaikan pastinya akan dijadikan panduan disepanjang masa.
- JBS Sarawak
- Hits: 248
