KUCHING, 15 FEBRUARI 2023 - Unit ICT, Komunikasi dan Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Penyediaan, Suntingan dan Etika Penerbitan Media pada 13 dan 14 Februari 2023 secara hybrid di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Sarawak dan atas talian (Google Meet). Kursus ini dianjurkan khas kepada pegawai-pegawai ICT seluruh Negeri Sarawak termasuk Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan di bahagian.
Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk berkongsi ilmu berkenaan penerbitan dan penulisan berita berkesan, mereka cipta poster, penggunaan Smartphone dan Google Drive, dan pengendalian sosial media di Jabatan. Kursus ini juga membincangkan berkenaan permasalahan isu ICT yang berlaku di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian selain membincangkan halatuju Unit ini bagi tahun 2023. Kursus ini terbahagi kepada dua jenis pembelajaran iaitu secara teori dan juga amali, di mana hands on practicing menjadi pendekatan yang terbaik dalam penyampaian informasi.
Turut menghadiri kursus ini adalah Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Rahmat bin Elli, Ketua Unit Komunikasi dan Media, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Diharapkan dengan adanya Kursus seperti ini akan melahirkan pegawai yang berkemahiran dalam bidang komunikasi dan juga ICT.
- JBS Sarawak
- Hits: 161
