KAPIT, 16 Februari 2023 – Penubuhan Kelab belia dan kelab sukan di daerah dan bahagian amat digalakkan kepada individu atau perkumpulan belia. Ia akan dapat mewujudkan belia-belia yang berpotensi dan berpengetahuan dalam penganjuran program-program pada masa yang akan datang. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Kong Koh Ming, Encik Michrison Seman Anak Malong dan Encik Stanley Anak Misi yang berhasrat untuk menubuhkan Kelab Sukan Dan Rekreasi Bleteh yang baharu dan memperkasakan Kelab Belia Bleteh yang telah ditubuhkan sebelum ini. Dalam sesi tersebut, Encik Lanting Anak Mala, Pegawai Unit Pembangunan Belia telah memberikan penerangan tentang tatacara penubuhan dan pendaftaran kelab sukan melalui sistem e-rosa.
Semoga dengan tertubuhnya kelab sukan dan rekreasi dan kelab belia ini, lebih banyak aktiviti belia dan sukan pada masa akan datang dan menjadi pemangkin bagi kelab lain untuk mendaftar dan bergerak secara aktif. PBSB Kapit amat berbesar hati untuk membantu para belia yang berhasrat untuk menubuhkan serta mendaftarkan kelab belia dan sukan.
- JBS Sarawak
- Hits: 203
