BINTULU, 28 FEBRUARI 2023 – Penyerahan sijil Myvac kepada sukarelawan yang telah dihadiri oleh Puan Emelia Jane Anak Dingus, dari Smk Kidurong, Bintulu. Penyerahan sijil telah disampaikan oleh Puan Zulaikha, Pembantu Belia Dan Sukan di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu sebentar tadi.
Pihak pejabat merakamkan terima kasih kepada semua sukarelawan MYVAC yang telah terlibat membantu dalam memerangi pandemik covid-19 dan semoga kita dapat berkolaborasi lagi di masa akan datang.
PORT DICKSON, 26 FEBRUARI 2023 – Tiga orang Pegawai Cawangan Pembangunan Belia di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengikuti Bengkel Pelaksanaan Program Bahagian Pembangunan Belia 2023 bertempat di The Academy @ DRB-HICOM, Port Dickson. Bengkel ini berlangsung selama tiga hari pada 24 hingga 26 Februari 2023. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Belia di Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Bengkel ini bertujuan untuk memperincikan dan menerangkan gerak kerja pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia bagi tahun 2023. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan belia pada tahun ini. Pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan bagi tahun 2023 yang akan memberikan penekanan kepada kepelbagaian perspektif antaranya sosial, kepimpinan, keusahawanan dan sebagainya.
Majlis Penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Dr. Zainah Shariff Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) dan Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
SARIKEI, 22 FEBRUARI 2023 - Kelab Sukan Rekreasi Goyang, Sarikei (SGC) yang diketuai oleh Cikgu Haslie membuat senaman beramai-ramai di Taman Tasik Sarikei. Puan Jamaika Binti Marciano, Penolong Belia Dan Sukan Bahagian Sarikei dan Encik Abdul Rani Bin Jemi turut sama bersenam bagi memeriahkan aktiviti yang sihat ini.
Semoga aktiviti kecergasan ini akan berterusan dan semoga ramai lagi masyarakat boleh menyertai aktiviti ini. Terima kasih kepada SCG yang sentiasa bersemangat melakukan aktiviti kecergasan seperti ini.
SARIKEI, 22 FEBRUARI 2023 - Semua kakitangan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menghadiri Kursus penyediaan Borang Google dan mengurus data bagi kegunaan aktiviti belia dan sukan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Dengan ilmu ini sebagai persediaan untuk program yang akan datang, setiap pegawai akan lebih pantas dalam menyediakan laporan dengan data peserta dengan lengkap.
Kursus yang berlangsung selama satu hari ini dirancang bagi memantapkan kemahiran pegawai dalam pengendalian borang respondan melalui Google Forms.
SUNGAI RUSA, SARIKEI, 15 FEBRUARI 2023 - Di bawah pelaksanaan penyelesaian Gelanggang Futsal KBS kepada pemilik tanah, salah satu daripada Gelanggang Futsal yang akan diserahkan kepada pemilik tanah adalah Gelanggang Futsal 1 Malaysia yang terletak di Kawasan Rumah Panjang Papit Brandi, Sungai Rusa, Sarikei. Rumah Panjang ini terletak di pedalaman dan liputan telefon di Kawasan ini kurang baik dan menyukarkan komunikasi melalui telefon bersama penduduk di Kawasan ini.
Menyedari permasalahan ini, rombongan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei yang diketuai oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, oleh Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Unit Pembangunan Belia dan Aset serta Encik Abdul Rani bin Jemi, Pembantu Pegawai Unit Pembangunan Sukan dan Pentadbiran telah turun padang dengan mengadakan kunjungan kepada Tuai Rumah Papit Brandi bagi membincangkan penyerahan Gelanggang Futsal KBS kepada pemilik tanah secara bersemuka. Perbincangan lanjut akan diadakan di Sarikei selepas semua dokumen penyerahan telah lengkap dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
PAKAN, 12 FEBRUARI 2023 - Menurut suatu laporan teknikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Disember 2017, 29.2% orang dewasa (16 tahun dan ke atas) dan 12.1% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Statistik ini menjadikannya sebagai masalah kesihatan kedua terbesar yang membelenggu rakyat Malaysia selepas penyakit jantung. Salah satu kaedah yang boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah kesihatan mental ini adalah dengan menyertai aktiviti perkhemahan. Melalui aktiviti ini, kita boleh 'healing' dengan menikmati suasana yang tenang dan boleh mengenali sahabat baharu dengan minat yang sama.
Cakna dengan permasalahan ini, DUTON MOUNTAINEERING CLUB bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diberi kesempatan untuk mencuba tapak perkhemahan baharu di Enuluk Park, Daerah Pakan pada 11-12 Februari 2023. Seramai 21 orang 'campers tegar' terlibat dalam perkhemahan ini.
Secara keseluruhannya, tapak perkhemahan ini amat menarik kerana berkedudukan di atas bukit dan kita boleh melihat pemandangan yang cantik dan mendamaikan terutamanya pada waktu senja.
Dalam perkhemahan ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diwakili sendiri oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Pejabat ini berharap lebih ramai peminat 'camping' khususnya di zon tengah Sarawak dapat datang ke Enuluk Park, Daerah Pakan untuk merasai sendiri pengalaman ini sambil 'healing' dan dapat mengelakkan masalah kesihatan mental.
BINTULU, 28 FEBRUARI 2023 - Bagi memastikan kualiti serta melindungi keselamatan maklumat daripada tercerlah, pihak pejabat telah membuat penyelenggaraan komputer yang telah dilakukan oleh perkhidmatan Royal Bintulu Computer Center bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu, semalam.
KUCHING, 27 FEBRUARI 2023 - Lab ini diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2023 bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching yang melibatkan 9 Kementerian dan 26 agensi Kerajaan / Badan Berkanun dengan tujuan menyelaraskan semua projek pembangunan yang akan dilaksanakan di sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri.
Penubuhan Greater Kuching Development Strategy 2030 telah diumumkan oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada 12 Jun 2022.
GKCDA merupakan salah satu strategi Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan pembangunan di Negeri ini terutama melibatkan Bahagian Kuching dan Serian. Pembangunan akan dilaksanakan secara inklusif, holistik, sistematik dan terselaras.
Kawasan yang terlibat adalah N.1 Opar, N.2 Tasik Biru, N.3 Tanjong Datu, N.18 Serembu, N.19 Mambong, N.20 Tarat, N.21 Tebedu, N.22 Kedup, N.23 Bukit Semuja
GKCDA dipengerusikan oleh YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak. Objektif utama GKCDA adalah untuk Pembangunan Infrastuktur, Utiliti dan Telekomunikasi, Pembangunan Pertanian, Pembangunan Ekonomi (Bukan Pertanian) dan Pembangunan Sosial.
CIk Margaret Sawing Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama membincangkan serta merealisasikan bagi Pembangunan Sosial. Ia adalah bertujuan untuk memenuhi kepentingan masyarakat, merangkumi pelbagai aspek sama ada melalui kemudahan internet, sukan, khidmat masyarakat dan sebagainya. Pembangunan Sosial yang semakin berkembang ini adalah menunjukkan salah satu pemacu utama pembangunan Negara.
SIBU , 27 FEBRUARI 2023- Satu Sesi Perbincangan berkaitan Gerak Kerja Naik Taraf Bangunan bagi Program Satelit Kampus ILKBS di Sibu, Sarawak telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Sesi Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Dr. Ir. Azmi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Sesi perbincangan ini bertujuan membincangkan gerak kerja naik taraf bangunan premis Program Satelit Kampus ILKBS Sibu, Sarawak. Sesi ini turut di hadiri oleh Cik Fadhilah binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Kekompetenan Belia , Dr . Loke Kok Foong, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan, Pembangunan dan Penyenggaraan, Encik Adam Khairy bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Kekompetenan Belia, Encik Freddie Sagieng, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, IKBN Miri dan Cik Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Sibu.