- JBS Sarawak
- Hits: 165
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS BANGUNAN DAN PERUMAHAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KAPIT BIL. 1 TAHUN 2023
Disediakan oleh: Olivia Kaminis, JBSN Sarawak
KAPIT, 15 MAC 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Bangunan Dan Perumahan Gunasama Persekutuan (JKPBPGP) Kapit Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Kapit pada 14 MAC semalam pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd. Saufi Omar selaku Pengerusi JKPBPGP.
Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan Minit Mesyuarat JKPBPGP Bil. 2/2022 yang lepas serta membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi kakitangan di Wisma Persekutuan Kapit pada tahun 2023 secara kerjasama dengan jabatan-jabatan di Wisma Persekutuan Kapit. Turut hadir Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit serta Ketua-Ketua Pejabat dan wakil di setiap pejabat di Wisma Persekutuan Kapit.
- JBS Sarawak
- Hits: 165
