Disediakan Oleh : Melvin Chambai Anak Gurang, PBSB SIBU
SIBU, 28 MAC 2023 : Mesyuarat Post Mortem Program Malaysia Sports League 2022 telah diadakan secara atas talian dan dipengerusikan oleh Pn. Fatimah Bt Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pembangunan Sukan. Program Malaysia Sports League telah diadakan pada bulan Mac sehingga Mei 2022 yang melibatkan 5 jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Keranjang 3x3, Badminton Berpasukan dan Futsal. Fokus mesyuarat ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang timbul semasa Program Malaysia Sports League dilaksanakan. Diharapkan dengan adanya mesyuarat ini perancangan dan pelaksanaan program serta komunikasi dapat ditingkatkan pada program yang akan datang supaya masalah dalam penganjuran dapat dikurangkan dan diperbaiki supaya menjadi lebih baik.
- JBS Sarawak
- Hits: 169
