- JBS Sarawak
- Hits: 136
MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU BIL. 1/2023
Disediakan oleh: Diana Nuff Abdel Aziz, JBSN Sarawak
BINTULU, 06 APRIL 2023 – Satu jemputan ke Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Bintulu Bil.1/2023 telah dipengerusikan oleh Tuan Abang Zainudin Bin Haji Abang Turkey, Timbalan Residen Bahagian Bintulu turut dihadiri wakil pejabat Puan Diana Nuff, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu kelmarin.
Antara agenda mesyuarat ialah membuat pengesahan minit mesyuarat Bil 2/2022, membincangkan perkara-perkara berbangkit serta mendengar taklimat dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bintulu sekaligus membentangkan laporan-laporan Januari hingga Mac tahun 2023 yang turut diikuti daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, pembentangan daripada PEMADAM dan OSC (One Stop Committee).
Secara keseluruhannya, kadar penagih di Bintulu kini mengalami peningkatan yang drastik. Pihak pejabat menyeru kepada masyarakat di luar sana khususnya di Bintulu untuk bersama-sama membantu dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kini agar belia terhindar daripada musuh utama negara iaitu dadah.
- JBS Sarawak
- Hits: 136
