KUNJUNGAN KE BETONG DIGITAL INNOVATION HUB
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 29 APRIL 2023 – Cik Jojo Tehan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Betong meluangkan masa dan berkesempatan menyantuni Cik Amelia Lina Ak John (Operation Executive) Betong Digital Innovation Hub (Betong DIH) bertempat di Tingkat 1&2, Sublot 21, Lot 2079, Blok 9, Batu Api Land District, Medan Bandar Baru, Betong semalam. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk melihat fasiliti yang disediakan yang berpotensi sebagai tempat untuk melaksanakan kursus-kursus jangka pendek dan menggalakkan para belia di sekitar Betong terlibat dengan ekonomi digital. Ini juga adalah untuk mewujudkan kerjasama di antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Betong DIH bagi melaksanakan program-program di masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada Cik Amelia Lina Ak John yang telah meluangkan masa serta menerangkan secara terperinci setiap pertanyaan yang dikemukakan.
Bagi orang ramai dan usahawan baru yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung prasarana yang disediakan oleh pihak Betong DIH, bolehlah berkunjung kesini untuk pertanyaan serta melihat sendiri kemudahan perkhidmatan digital terkini yang disediakan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Betong Digital Innovation Hub di talian Tel: 017-2622160 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- JBS Sarawak
- Hits: 150
