SAMARAHAN, 21 MAC 2023 – Program senamrobik telah diadakan di SMK Kota Samarahan sebagai satu langkag untuk mengalu-alukan kehadiran semua pelajar kembali ke sekolah. Program ini melibatkan penyertaan daripada semua pelajar dan pendidik dari sekolah tersebut. Jurutunjuk senamrobik adalah Puan Noliati Binti Li merupakan Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan.
SAMARAHAN, 13 MAC 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghantar 3 orang pegawai untuk turut serta iaitu Encik Abu Bin Amir, Encik Freddy Anak Jombing dan Encik Mark Leroy. Pogram Simulasi Pembangunan Sukan OKU Peringkat Zon Borneo ini telah diadakan di Kem Putra Sentosa Sematan, Kuching pada 13 -16 March 2023.
Seramai 60 orang peserta yang telah terlibat dalam program tersebut dimana yang datang dari Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini amat berguna sebagai langkah untuk member pendedahan kepada Pembangunan Sukan OKU dan cara mengendalikannya. Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Disediakan Oleh : Melvin Chambai Anak Gurang, PBSB Sibu
SIBU, 30 Mac 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Sosial Bahagian Sibu Bil.1/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Residen dan dipengerusikan oleh Tn. Wong Hee Sieng, Residen Bahagian Sibu. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tn. Christopher Ranggau Anak Unting, Timbalan residen Bahagian Sibu serta beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk pembahagian tugas dan tanggungjawab semasa Program Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang akan berlangsung pada 16 sehingga 18 Jun 2023 di Stadium Tertutup Sibu. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan selamat 3 hari tersebut dan Pejabat Belia dan Sukan Sibu telah ditugaskan untuk menyelaraskan 3 aktiviti iaitu Persembahan Seni Mempertahankan Diri, Fun Ride dan Senamrobik. Semoga semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan Oleh : Norfazira Binti Saadi, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 7 MAC 2023- Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Agensi Antidadah(AADK) Daerah Sri Aman dan Giatmara Sri Aman telah mengadakan Program Skuad Antidadah Gotong-Royong dan menyantuni Penduduk rumah Panjang Jaong Jaya, Daerah Pantu.
Program ini turut disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Encik Mohd Israk bin Ismail, Pegawai Antidadah Encik Maulana Noorani Bin Mohin dan Pengurus Giatmara Sri Aman, Encik Abdul Manan Bin Abdul Latip.
Disediakan Oleh : Norfazira binti Saadi, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 27 MAC 2023- Pejabat telah menerima kunjungan hormat daripada Cik Suki Ibrahim, Pengurus Pusat Digital(HUB) Sri Aman, Pegurus Pusat Internet Desa (PeDI) Kampung Hilir ,Lingga dan Pengurus ODEL. Perjumpaan bertujuan untuk membincangkan serta hasrat untuk menubuhkan sebuah kelab belia bagi memperkasakan belia-belia yang sedang rancak dalam bidang usahawan.
Dalam sesi tersebut, Encik Mohd Israk bin Ismail, Pegawai Unit Pembangunan Belia telah memberikan penerangan tentang tatacara serta panduan dalam menubuhk dan mendaftar kelab dan persatuan melalui sistem e-roy.
PBSB Sri Aman amat berbesar hati untuk membantu para belia yang berhasrat untuk menubuhkan serta mendaftarkan kelab belia dan sukan terutamanya di bahagian Sri Aman.
Disediakan Oleh : Norfazira binti Saadi, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 06 MAC 2023- Aktiviti gotong-royong memgemas, membersih dan memeriksa aset diruang pejabat telah dilaksanakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman pada petang ini. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk menyediakan suasana yang kondusif dan kemas di tempat kerja bagi memastikan keselesaan kakitangan serta pelawat. Selain itu aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara pegawai dan kaitangan di pejabat.
Dalam pada itu, para belia serta komuniti yang ingin berurusan serta mengadakan kerjasama untuk mengadakan aktiviti pembangunan belia, sukan dan rakan muda bersama pejabat bolehlah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman untuk berjumpa pegawai.
Disediakan oleh: En. Muhammad Afif bin Ibrahim PBSB Sibu
SIBU , 29 MAC 2023 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan bil 2/2023 dipengerusikan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt. Seleman, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Sibu yang telah berlangsung di PBSB Sibu pada jam 2.30 petang hingga selesai.
Mesyuarat turut membincangkan pelbagai perkara merangkumi Pengurusan Kewangan, Aset, Pembangunan, Pelaporan dan Perancangan Program Belia, Sukan dan Rakan Muda, Media & Komunikasi serta Pembentangan KPI bagi tahun 2023. Pengerusi mengharapkan setiap kakitangan dapat mengurus diri dengan baik bagi meningkatkan lagi kredibiliti kerja yang lebih baik pada setiap masa.
SRI AMAN, 14 MAC 2023- Pejabat menerima kunjungan Biro Sukan JKKK Rumah Jantan, Mujau Krangas, Ulu Skrang Sri Aman. Kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan panduan bagaimana untuk menubuhkan badan sukan yang berdaftar dengan Pesurujaya Sukan Malaysia (PJS) serta strategi dan kerjasama yang boleh dimainkan kedua-dua belah pihak dalam membangunkan sukan belia-belia dan anak muda di kawasan pedalaman. Selain itu juga turut membincangkan fasiliti-fasiliti dan kemudahan sukan yang agak ketinggalan terutamanya di kawasan rumah-rumah panjang.
Biro Sukan JKKK Rumah Jantan turut memaklumkan mereka dalam perancangan untuk menganjurkan pertandingan sepak takraw terbuka untuk kawasan rumah-rumah panjang yang berhampiran sempena sambutan Hari Gawai 2023. Mereka juga turut memohon sumbangan berbentuk piala dan medal kepada pihak pejabat dan pejabat akan berusaha untuk membantu.
Encik Sazali bin Dillah, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mengucapkan terima kasih kepada Unit Biro Sukan JKKK Rumah Jantan kerana sudi berkunjung ke pejabat walaupun banyak kekangan terutamanya jarak untuk ke pusat bandar Sri Aman.
SRI AMAN. 15 MAC 2023- Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Sektor Awam Bahagian Sri Aman 2023 telah di adakan bertempat di BME Hotel, Sri Aman pada 15 Mac 2023 jam 8.00 pagi. Seminar tersebut di anjurkan oleh OSC MIDS Daerah Sri Aman bersama pihak AADK Sri Aman. 3 panel telah memberi seminar iaitu Pejabat Polis Bahagian Narkotik Sri Aman, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dan Jabatan AADK Wilayah Sarawak.
Seminar tersebut bertujuan memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan serta langkah mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Turut hadir Encik Howard Bunsu Anak Resik, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman serta ketua-ketua pejabat dan wakil-wakil pejabat sektor awam Bahagian Sri Aman.