SARIKEI, 4 FEBRUARI 2023
Satu aktiviti "Bicara Santai" sempena lawatsinggah Cawangan Rakan Muda ke Sarikei telah diadakan di sebuah kedai legend.
Lawatsinggah ini telah diketuai oleh Encik Rahmat bin Eli, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Rakan Muda, JBSN Sarawak dan ahli rombongan terdiri daripada En. Mohd. Nadzrul Idzlan bin Mohd Nor, Pegawai Rakan Muda, En. Yaman bin Yahya, Pegawai Kanan MYSED dan En. Amis Ohai.
Kehadiran rombongan ini telah disambut sendiri oleh En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Dalam "Bicara santai" ini, perbincangan lebih menjurus kepada Cabaran dan kaedah melaksanaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) terutamanya di peringkat akar umbi.
Perbincangan juga menyentuh berkenaan implimentasi Dasar Keselamatan ICT dalam melaksanakan program secara atas talian.
Pejabat ini berharap agar aktiviti lawatsinggah seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa akan datang bagi memudahkan pihak akar umbi dapat menyampaikan maklumat secara 'first hand information' kepada pegawai yang berkenaan.
- JBS Sarawak
- Hits: 171
