FEBRUARI 1, KUCHING – Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) terus mendapat sambutan dan penyertaan yang makin menggalakan terutama kepada pelajar-pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sekolah Antarabangsa St Joseph Kuching menyahut cabaran apabila buat kali pertama membuat perancangan dan mengenalpasti calon peserta yang bakal menyertai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi tahap Emas. Mentor ARPRM, Cikgu Gladys De Rozario telah hadir berbincang bersama Pegawai Pembangunan Gaya Hidup dan Potensi EN Nadzrul Idzlan bagi memperincikan dan memperhalusi kaedah pelaksanaan terbaik ‘Best Practise’ bagi penyertaan peserta-peserta ARPRM.
- JBS Sarawak
- Hits: 201
