BINTULU, 06 OKTOBER 2022 – Sesi taklimat sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sarawak yang telah dihadiri Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bersama penganjur bersama Ybhg Datu Jack Aman Luat Residen Bahagian Bintulu di Pejabat Residen Bintulu pada selasa lepas.
Dalam sesi taklimat tersebut, Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah membentangkan aktiviti program yang akan berlangsung pada HSN 2022 Peringkat Negeri Sarawak antaranya aktiviti Fun Ride, E-Sport, Mega Aerobic, Aerobathon , Auto Gathering dan banyak lagi.
Di akhir sesi taklimat dijalankan Residen Bintulu memberikan sokongan yang padu dan memastikan program HSN Peringkat Negeri Sarawak berjalan dengan jayanya.
- JBS Sarawak
- Hits: 232
