- JBS Sarawak
- Hits: 140
SEPAKAN PENALTI 3 POSISI SEMPENA SIARAN LANGSUNG BIG SCREEN PIALA AFF MITSUBISHI ELECTRIC 2022
KUCHING, 07 JANUARI 2023 – Cawangan Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diamanahkan untuk turut berganding bahu bersama mengadakan aktiviti sampingan iaitu mari mencuba sepakan penalti 3 posisi sempena siaran langsung big screen piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bertempat di Dataran MYDIN Petra Jaya.
Aktivti ini dilakukan sebelum bermulanya siaran langsung bagi menarik pengunjung untuk turut bersama-sama dalam siaran langsung big screen piala AFF Mitsubishi Electric 2022. Pengunjung yang hadir ke tapak tersebut amat menggalakkan yang terdiri daripada peringkat umur juga yang pelbagai bangsa.
Diharap dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat menarik minat semua golongan terutama golongan belia remaja bagi turut serta dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan.
Disamping itu, budaya sihat dapat dipupuk melalui semangat kesukanan, kerjasama dan tanam sifat perpaduan dalam diri mereka. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 140
