Kuching, 29 September 2022, 10.30 pagi, Kuching – Satu mesyuarat penyelarasan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kuching telah dilaksanakan pada 27 September 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Lundu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Gustian Haji Durani yang melibatkan beberapa agensi Kerajaan dan persatuan yang akan bekerjasama menjayakan pelaksanaan HSN ini nanti.
Hari Sukan Negara (HSN) akan diadakan pada 10 Oktober 2022 serentak di seluruh Negeri Sarawak. Menggariskan beberapa objektif seperti meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Di samping itu, HSN dapat menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
Semoga dengan pelaksanaan HSN ini nanti, dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif walaupun di kala Negara masih dilanda wabak COVID-19.
Semoga dengan pelaksanaan HSN ini nanti, dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif walaupun di kala Negara masih dilanda wabak COVID-19.
- JBS Sarawak
- Hits: 176
