Mukah, 11 Januari 2023 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Bahagian Mukah Bil.1 Tahun 2023 telah diadakan pada 10 Januari 2023 bertempat di Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wabak Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut terlibat dalam jawatankuasa tersebut yang telah diwakili oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Antara agenda mesyuarat ialah perutusan pengerusi, pembentangan statistik kes penyakit berjangkit seperti Covid-19, Denggi dan Tuberculosis di Mukah oleh pegawai perubatan di Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, pengesahan minit yang lepas dan hal-hal lain yang berkaitan. Selain itu, turut ditekankan dalam mesyuarat pengambilan dos penggalak kedua kakitangan di setiap jabatan kerajaan di Mukah oleh tuan pengerusi. Mesyuarat telah dihadiri lebih daripada 20 agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 184
