- JBS Sarawak
- Hits: 329
AQUAROBIK SENAMAN YANG SELAMAT
KUCHING, 5 JANUARI 2023 – Fit Aerobics And Dance Academy menganjurkan aquarobik di kolam renang Pusat Kecemerlangan Akuatik pada setiap rabu jam 4.30 petang.
Selain keseronokan dan dapat untuk mengurangkan tekanan, aquarobik dapat memberikan 'nyawa' baharu kepada individu mempunyai masalah berat badan, diabetes, sakit lutut dan pinggang.
Gaya apungan air dapat mengurangkan berat badan kita dan membolehkan tubuh kita terapung seterusnya tekanan ke atas kaki untuk memijak lantai menjadi berkurangan.
Sebagai instruktor, Busman Noor akan berada di atas tebing kolam renang manakala peserta di dalam air mengikut gerakannya secara dinamik bersama rentak muzik dimainkan.
- JBS Sarawak
- Hits: 329
