- JBS Sarawak
- Hits: 188
KOMUNITI KU CERGAS
KUCHING, 12 NOVEMBER 2022 - Kelab Kecergasan 1Kenyalang telah mengadakan aktiviti Komuniti Ku Cergas pada setiap hari Sabtu bertempat di Reservoir Park / Taman Perpaduan Kuching.
Aktiviti senamrobik ini diadakan secara terbuka bersama komuniti setempat dan orang awam adalah secara percuma.
Objektif Kelab adalah untuk memberi peluang kepada orang awam melakukan aktiviti cergas dan sihat di komuniti setempat, menggalakkan orang ramai untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat, mengeratkan silaturahim antara orang awam, mengisi masa terluang serta melahirkan orang ramai yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
- JBS Sarawak
- Hits: 188
