Mukah, 1 September 2022 – Program 1000 Liga Sukan Badminton Bahagian Mukah telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Dalat Dan Mukah pada 31 Ogos 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang ke 65 tahun. Penampilan 32 beregu lelaki dan 16 perseorangan lelaki telah meriuhkan dewan seawal 7.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam. Penyertaan yang sangat memuaskan dan sokongan padu masyarakat setempat terutama di bahagian Mukah membuktikan bahawa sukan sangat diminati masyarakat dan merupakan elemen penting dalam menyatu padukan keluarga Malaysia.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Titan Badminton Team selaku urusetia telah disertai pemain dari Balingian, Oya, Dalat dan Mukah. Kehadiran Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian turut memeriahkan program tersebut. Beliau sempat mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 65 tahun kepada para pemain dan berharap agar semua pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut hadir dalam program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 259
