MIRI, 24 OKTOBER 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Footgolf Malaysia telah melaksanakan program Klinik Pembangunan Sukan Footgolf Peringkat Negeri Sarawak 2022.
Antara objektif pelaksanaan Klinik Pembangunan Sukan Footgolf ini adalah untuk memberi pendedahan dan teknik kemahiran asas sukan footgolf yang betul kepada masyarakat disamping menjalinkan "smart partnership" dengan Persatuan Footgolf Malaysia mengenalpasti bakat-bakat baru yang boleh diperkenalkan di peringkat tertinggi.
Program tersebut dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 23 hingga 24 Oktober 2022 di Bilik Seminar UTC Miri bagi sesi teori dan di Padang MBM bagi sesi praktikal. Seramai 30 orang peserta dari bahagian Bintulu, Miri dan Limbang yang telah menghadiri program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 240
