- JBS Sarawak
- Hits: 256
KELAB BADMINTON LAWAS JAYAKAN PENGANJURAN SSC SARAWAK JUNIOR BADMINTON CIRCUIT
LIMBANG, 14 NOVEMBER 2022 - Kelab Badminton Lawas telah diberikan kepercayaan oleh Sarawak Sport Corporation (SSC) bagi penganjuran SSC Sarawak Junior Badminton Circuit bagi edisi yang ke-8. Pertandingan tersebut telah diadakan di Gaya Sport Hall pada 5-6 November 2022 dan seramai 54 orang atlet dari sekitar Miri, Limbang dan Lawas telah mengambil bahagian. Encik Yaman bin Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah turun padang dalam acara tersebut bagi memberikan sokongan serta bimbingan. Walaupun ini merupakan pengalaman sulong bagi Kelab Badminton Lawas bagi penganjuran acara ini, namun mereka telah berjaya melaksanakan acara ini dengan lancar. Diharapkan para peserta dan juga para urusetia sama-sama memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi dari penganjuran acara tersebut. Bertepatan dengan motto "Our Juniors Are Our Future", diharapkan agar lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan bagi memperkasakan lagi Sukan Badminton dan seterusnya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tersebut khususnya di Bahagian Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 256
