- JBS Sarawak
- Hits: 204
PARA PEGAWAI PBSB LIMBANG MENERIMA SIJIL TAULIAH PEMIMPIN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
LIMBANG, 20 DISEMBER 2022 – Seramai 5 orang pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah menerima Sijil Tauliah Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) atau juga dikenali sebagai The Duke of Edinburgh’s International Award.
Para pegawai PBSB Limbang telah menghadiri Kursus Pemimpin ARPRM pada 30 November 2022 hingga 2 Disember 2022. Kursus selama 3 hari tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dan telah disampaikan oleh Encik Yaman bin Yaman, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan.
Dalam Kursus tersebut, antara topik yang ditekankan adalah Konsep dan Falsafah ARPRM serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pemimpin ARPRM. Diharapkan agar melalui kursus ini, para pegawai dapat melibatkan diri dengan lebih giat dalam pelaksanaan ARPRM setempat dan sekaligus menarik lebih ramai penyertaan.
- JBS Sarawak
- Hits: 204
