MIRI, 25 NOVERMBER 2022 – Pada 24 Oktober 2022 (Khamis) iaitu semalam, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri menerima kunjungan daripada Ketua Kampung Long Kevok. Kampung Long Kevok ini terdiri atau didiami oleh suku kaum Penan. Tujuan kunjungan ini ialah untuk membawa hasrat ingin membuka sebuah gelanggang futsal di Kampung Long Kevok.
Dengan adanya gelanggang futsal ini, belia-belia boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan dapat mengelakkan belia terdedah daripada gejala yang tidak sihat. Selain itu, untuk memupuk semangat dan mencungkil bakat dalam sukan. PBSB Miri sangat memuji hasrat pihak kampung kerana ingin melahirkan belia-belia yang berkualiti dan aktif dalam sukan.- JBS Sarawak
- Hits: 165
