LIMBANG, 13 JANUARI 2023 - Semalam telah berlangsung satu Seminar Zakat Peringkat Bahagian Limbang anjuran Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang. Seramai 3 orang pegawai dari PBSB Limbang telah hadir dalam sesi tersebut iaitu Puan Aimy Alisha Charlie, Puan Hawina binti Ali dan Encik Mohd Hafizul Helmi bin Md Zain.
Perkongsian dalam sesi 1 seminar tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datu Haji Abg.Mohd. Shibli b. Haji Abg. Mohd. Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak manakala perkongsian sesi 2 pula telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd. Yusree b. Haji Mohd Zain, Timbalan Ketua Sektor Operasi, Tabung Baitulmal Sarawak. Di akhir sesi turut diadakan acara penyampaian zakat bagi golongan asnaf yang terpilih.
- JBS Sarawak
- Hits: 174
