BINTULU, 30 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan MiLL Peringkat Negeri Sarawak telah melabuhkan tirainya kelmarin. SK Perpat, Saratok meledak empat gol kemenangan menewaskan SK Batu Keling, 4-1 pada Kejohanan MiLL Peringkat Negeri Sarawak kelmarin. Berkongsi tempat ketiga SK Temenggong Datuk Muip dan SK Goebilt.
Sementara itu, SMK Bakun telah berjaya menumpaskan pasukan lawan SMK Petra Jaya, 1-0 dalam aksi perlawanan akhir di padang UPM, Kampus Bintulu. SMK Dato Permaisuri dan SMK Nangka Dap terpaksa akur berkongsi tempat ketiga bersama. Hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Pihak pejabat merakamkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang bagi kejohanan MiLL kategori bawah 12 tahun dan kategori bawah 16 tahun dan berharap agar pasukan Sarawak yang akan mara ke peringkat Kebangsaan merangkul juara di kejohanan MiLL Peringkat Kebangsan di Kota Kinabalu Sabah. Tidak lupa diucapakan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu di atas komitmen dan kerjasama menjayakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 214
