Warna Warni acara kemuncak Sambutan HARI SUKAN NEGARA 2022 Peringkat Bahagian Sarikei pada 101022 di Dewan Suarah Sarikei. Seramai 1,200 orang dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, sekolah, JKKK, KRT, dan NGO menyertai Senamrobik Mega bersama Sifu Busman Noor.
Terima kasih Timbalan Residen Tn. Hj. Abg. Mohd. Porkan b. Hj. Abg. Budiman, kerana sudi merasmikan HSN2022 Bahagian Sarikei
Tahniah dan syabas juga kepada seluruh warga SARIKEI kerana penyertaan keseluruhan HSN2022 telah mencapai sasaran melebihi 28,000 orang. Tahniah dan terima kasih semua.
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN CAR AUTOSHOW SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2022
Sibu, 10 Oktober 2022- Pertandingan Car Autoshow telah pun melabuhkan tirainya. Pertandingan ini bertempat di Pasaraya Swan Square, Sibu yang melibatkan 8 Kategori yang dipertandingkan. Pertandingan ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Sibu’s Mixmotor Sports Recreation Club. Tahniah kepada semua pemenang- pemenang berikut:
1. Best Proton Extreme
Champion - QSV 1035
1st Up - QS 1727 G
2nd Up - QMR 3406
2. Best Perodua Extreme
Champion - QAF 1832
1st Up - WXJ 1362
2nd Up - SK 1242 B
3. Best Kcar
Champion - QSK 6303
1st Up - QAF 1832
2nd Up - G1M 8152
4. Best Open Car
Champion - FA 7123
1st Up - QRM 6596
2nd Up - KET 1168
5. Best Old Skool
Champion - KJ 4838 Q
1st Up - BDC 5557
2nd Up - SD 4753 Q
6. Best Engine Bay
Champion - QSN 8628
1st Up - QAU 6596
2nd Up - QSL 9935
7. Best MPV VIP
Champion - WXJ 1362
1st Up - QTJ 959
8. Best Of The Best
QSK 6303
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Sukan Peringkat Bahagian Sibu 2022 .
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN PETANQUE SEMPENA SAMBUTAN HSN PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2022
Sibu, 9 Oktober 2022- Pertandingan Petanque sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Sibu telah melabukan tirainya jam 9.30 malam tadi . Pertandingan tersebut telah diadakan selama 2 hari iaitu pada (8-9 Oktober 2022) bertempat di Arena Petanque, Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu diiringi oleh Encik Majidi bin Omar selaku Pengerusi Persatuan Sukan Petanque Bahagian Sibu. Pertandingan Petanque ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Persatuan Sukan Petanque Bahagian Sibu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang berikut :
1) Ladies Double
Johan - LCPC 10 B
1.Azrina binti Kamis
2.Nurhazirah binti Abdullah
Naib Johan - Black Rose
1.Fatimah binti Salleh
2.Jenny Wee Chin Siok
Ketiga Bersama - PSW 3
1.Julaika Nazwa binti Junaidi
2.Siti Aisyah binti Mohd. Merah
Ketiga Bersama - PSL 9
1.Shahrudie bin Laminshah
2.Muhammad Zakwan bin Mohd. Zamani
Men’ Double
Johan - PPMPC 3
1.Abang Danial Hakim bin Abang Bunsu
2.Abang Aryaan Akashahbin Abang Mohamad
Naib Johan - PSL 2
1.Shamsuddin bin Narawi
2.Dannish Riddaudheen bin Shamsuddin
Ketiga Bersama - PSL 1
1.Khairul Ariffin bin Abdul Rahman
2.Abdul Luqman bin Sait
Ketiga bersama - PSL-9
1.Shahrudle bin Laminshah
2. Muhammad Zakwan bin Awang Mohamad
Mixed Doubles
Johan - LCPC 10 E
1.Juvrinh Adrian bin Labung
2.Azrina binti Kamis
Naib Johan - PSC 10
1.Khairul Ariffin bin Abdul Rahman
2.Sharifah Ilya Adreyana binti Wan Deras
Ketiga Bersama – LCPC 10 - B
1.Abdul Rahman bin Budin
2.Faridah binti Eali
Ketiga Bersama - CKE 1
1.Mohd. Imran Abdullah
2.Dayang Siti Hazar Bt. Abang Kamalludin
Novice Doubles
Johan - D ‘Energy ‘A’
1.Mohd. Tarmizie bin Muhammad Hang Tuah
2.Hairul Nizam Bin Ali baba
Naib Johan - PSN 1
1.Adriana Afiqah binti Badare
2.Siti Aisyah binti Mohd Merah
Ketiga Bersama – SMM 2
1.Fazley Bin Abdullah
2.Muhammad Rafique Zulhazri Mohd. Salleh
Ketiga Bersama - SMM 1
1.Fabian Fernandes Anak Ausat
2.Homilton Mortensen Anak Leonard Danny
Terima kasih kpd semua peserta yang mengambil bahagian dan memeriahkan lagi acara sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu 2022.
LIMBANG, 8 OKTOBER 2022 - Seramai 150 peserta telah menyertai aktiviti "Hiking Bukit Mas" sempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Limbang 2022. Aktiviti tersebut turut disertai oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada agensi mahupun individu yang terlibat atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan aktiviti ini.
LIMBANG, 8 OKTOBER 2022 - Sesi perkongsian dan motivasi bersama Team Nusa Mahsuri merupakan salah satu pengisian bagi Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Sarawak. Sesi tersebut telah diadakan di Dewan Suarah dan telah diketuai oleh Lagenda Negara, Dato'Seri Mohd Jalani Dato' Hj Sidek dan Haji Abd Rahman Dato' Hj Sidek.
Sesi tersebut telah banyak membuka minda serta memberikan inspirasi kepada para peserta. Diharapkan semangat dan tekad yang telah di inspirasi oleh Team Nusa Mahsuri akan terus menjadi pembakar semangat untuk anak-anak Sarawak mencipta nama dalam sukan Badminton.
LIMBANG, 8 OKTOBER 2022 - Semalam telah berlangsung Majlis Perasmian Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Sarawak 2022 - Nusa Mahsuri bertempat di Dewan IPD Limbang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut Hajah Aspalela Binti Shahmoni, Wakil Residen Bahagian Limbang.
Dalam ucapan perasmian, tuan pengarah telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat lebih ramai bakat anak-anak muda dapat digilap di peringkat akar umbi bukan sahaja dalam arena sukan Badminton malahan sukan lain juga. Semoga program ini juga dapat dijadikan batu loncatan buat anak-anak di Sarawak khasnya di Bahagian Limbang untuk mengetengahkan dan menggilap bakat mereka.
Di akhir majlis, Encik Yaman Bin Yahya, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah menyampaikan cenderamata kepada tuan pengarah sebagai tanda kenangan.
LIMBANG, 8 OKTOBER 2022 - Program Kem Bakat Badminton KBS yang julung kalinya diadakan di Bahagian Limbang telah mendapat sambutan penyertaan yang amat menggalakkan. Pada kali ini seramai 63 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Para peserta akan berkampung sepanjang 3 hari di Asrama Dewan Suarah Limbang dan akan menjalani latihan di Dewan IPD Limbang.
Dalam program ini, para peserta berpeluang untuk menjalani latihan dan perkongsian bersama Team Nusa Mahsuri yang diterajui oleh Datuk Dr Misbun Sidek. Kesempatan untuk bersama-sama lagenda sukan badminton negara ini semestinya satu peluang keemasan yang harus dimanfaatkan sebaiknya.
BINTULU, 06 OKTOBER 2022 – Satu mesyuarat akhir Fun Ride HSN Peringkat Negeri Sarawak telah diketuai Encik Harun Hatta, wakil Residen Bahagian Bintulu turut dihadiri Encik Hailey Robson Banyang, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu serta PDRM, Bintulu bertempat di Bilik Mesyuarat BSC, Pejabat Residen Bintulu pagi tadi.
Intipati utama dalam perbincangan tersebut, membincangkan pelaksanaan persediaan laluan tempat yang bakal dilalui oleh para peserta Fun Ride dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bintulu bagi memastikan program Fun Ride berjalan dengan lancar dan selamat.
BINTULU, 06 OKTOBER 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah HSN 2022 Peringkat Negeri Sarawak kali ini. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang bakal di pertandingkan HSN 2022 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dewan Suarah Bintulu, pada 10 Oktober 2022. Tidak lupa juga aktiviti cabutan tiket bertuah turut diadakan pada hari tersebut.
Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih atas tajaan yang telah diberikan oleh Yb Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah serta Yb Datuk Talip Zulpilip, ADUN N67 di atas sumbangan berbentuk basikal, rice cooker serta kettle bagi hadiah cabutan tiket bertuah HSN 2022 Peringkat Negeri Sarawak.