KAPIT, 2 FEBRUARI 2023 - Unit Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kelab Belia Gagasan Pekan Song yang dihadiri oleh En. Albert Britin selaku Pengerusi kelab bertempat di pejabat. Pegawai Unit Pembangunan Belia, En. Lanting Mala telah menerangkan beberapa konsep program pembangunan belia yang boleh dilaksanakan iaitu meliputi aspek pembangunan sahsiah, kemahiran dan ekonomi. Puan Olivia Kaminis menegaskan bahawa segala perancangan program perlu dibuat dengan teliti sehingga ke fasa pelaporan program. Permohonan peruntukkan bantuan daripada kementerian menerusi Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu juga perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh pelaksanaan program dengan melampirkan semua dokumen yang dikehendaki oleh urusetia dengan lengkap.
- JBS Sarawak
- Hits: 197
