Mukah, 9 Februari 2023 – Kompleks Sukan Mukah yang telah dibina sejak 10 tahun lepas merupakan kemudahan fasiliti sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan telah diselia oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.Pembinaan kompleks ini bertujuan menyediakan kemudahan sukan untuk menggiat aktif budaya sukan masyarakat di Mukah khususnya dan masyarakat di Sarawak amnya. Fasiliti yang disediakan harus diselenggara dan dijaga dengan baik supaya kesinambungan kepada tujuan asal pembinaannya.
Pelbagai usaha telah dilakukan pejabat untuk menambah baik pengurusan dan kemudahan yang sedia ada termasuk aspek kebersihan kompleks. Semasa mesyuarat pengurusan pejabat di peringkat bahagian yang lepas telah diputuskan bahawa semua pegawai pada setiap minggu akan mengadakan aktiviti membersihkan Kompleks Sukan Mukah. Usaha ini adalah inisiatif di peringkat pejabat bagi menjaga kebersihan kompleks untuk keselesaan pengguna selain langkah proaktif mengatasi masalah ketiadaan pekerja yang belum disediakan oleh pihak kementerian setakat ini. Harapan pihak pejabat agar masyarakat di Mukah terutama para pengguna dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kemudahan yang disediakan.
- JBS Sarawak
- Hits: 164
