KUCHING, 06 Januari 2023 – Satu mesyuarat bersama ajk program bagi Perlawanan Bola Sepak Piala AFF 2022 Big Screen 2023, Malaysia lawan Thailand telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sejinjang, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Taklimat dan mesyuarat ini bagi membuat agihan tugasan bagi program tersebut. Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program tersebut berlangsung.
Dijangkakan penonton yang akan hadir pada ialah 1500 orang yang bakal menyaksikan perlawanan tersebut. ‘Big Screen’ tersebut kan dipancarkan terus pada 7 Januari 2023 di Dataran MYDIN Petra Jaya Kuching yang akan dihadiri sendiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Diharap program tersebut akan berjalan dengan lancar dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan belia di luar sana.

- JBS Sarawak
- Hits: 179