- JBS Sarawak
- Hits: 215
MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM “JUMS STARTS BISNEZ!-JELAJAH USAHAWAN MUDA SABERKAS” SIRI KEDUA-2022
BINTULU, 19 OKTOBER 2022 – Pihak pejabat telah menghadiri satu jemputan Ke Majlis Penangguhan Program “Jums Start Bisnez! Jelajah Usahawan Muda SABERKAS” Siri Kedua -2022 yang telah dihadiri oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan Encik Osman Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Li Hua Hotel, Bintulu pada 15 Oktober 2022 yang lalu.
Majlis Penangguhan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. Seramai 130 orang yang hadir dan terdiri daripada belia dari SABERKAS Cawangan Jepak, Kakus, Murum, Kemena, Tanjong Batu,Lambir, Bekenu, Belaga dan Samalaju .
Pihak pejabat berharap dengan adanya program belia seperti ini sedikit sebanyak dapat membuka ruang untuk para belia menceburi dalam bidang perniagaan dan mampu berdaya saing di peringkat Antarabangsa kelak.
- JBS Sarawak
- Hits: 215
