MIRI, 17 OKTOBER 2022 – Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri pada 15 Oktober 2022 di Pantai Esplanade Luak dimeriahkan lagi dengan aktiviti sukaneka kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pejabat Kemas Daerah Miri.
Lebih 100 orang kanak-kanak bersama ibubapa dan guru-guru Kemas berkumpul di ruang parkir Esplanade mengikuti pelbagai program sukaneka yang bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahgian Miri dan Puan Haryati Hussain dari Pejabat Kemas Daerah Miri.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai sukaneka kanak-kanak anjuran bersama Pejabat Kemas Daerah Miri. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Kemas Daerah Miri dan semoga program sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mempromosikan budaya bersukan, bekerjasama dan meningkatkan perpaduan di kalangan kanak-kanak, ibubapa dan agensi-agensi lain.
- JBS Sarawak
- Hits: 241
