- JBS Sarawak
- Hits: 241
PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU LELAKI TERTUTUP KAPIT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2022
KAPIT, 16 OKTOBER 2022 - Pertandingan Badminton Beregu Lelaki Tertutup Kapit telah dianjurkan oleh Persatuan Badminton Bahagian Kapit pada 15 Oktober sehingga tamat pada petang semalam. Pertandingan ini telah disertai sebanyak 27 regu yang bertanding di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah, Kapit. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Ramli Likong, Pegawai Khas ADUN Baleh yang mewakili YB En. Nicholas Kudi Jantai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.64 Baleh. Johan telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM400, Naib Johan RM300, Tempat Ketiga RM200 dan Tempat Ke-4 RM100. Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Badminton Bahagian Kapit kerana telah bekerjasama dalam menjayakan pertandingan pada kali ini sempena Hari Sukan Negara 2022.
- JBS Sarawak
- Hits: 241
