KAPIT, 6 OKTOBER 2022 - Program senamrobik dan sukaneka sempena Hari Sukan Negara 2022 telah diadakan jam 5.00 petang semalam bertempat di Perkarangan Wisma Persekutuan Kapit. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kapit dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuarters Gunasama Persekutuan Bleteh. Sebanyak 8 pasukan dengan penyertaan lebih daripada 50 orang telah mengikuti program ini yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di wisma. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Mohd Saufi Omar, Pegawai Penerangan Daerah Kapit kepada semua pasukan yang menyertai.
- JBS Sarawak
- Hits: 242
