LIMBANG, 8 OKTOBER 2022 - Semalam telah berlangsung Majlis Perasmian Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Sarawak 2022 - Nusa Mahsuri bertempat di Dewan IPD Limbang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut Hajah Aspalela Binti Shahmoni, Wakil Residen Bahagian Limbang.
Dalam ucapan perasmian, tuan pengarah telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat lebih ramai bakat anak-anak muda dapat digilap di peringkat akar umbi bukan sahaja dalam arena sukan Badminton malahan sukan lain juga. Semoga program ini juga dapat dijadikan batu loncatan buat anak-anak di Sarawak khasnya di Bahagian Limbang untuk mengetengahkan dan menggilap bakat mereka.
Di akhir majlis, Encik Yaman Bin Yahya, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah menyampaikan cenderamata kepada tuan pengarah sebagai tanda kenangan.
- JBS Sarawak
- Hits: 256
