Mukah, 14 Oktober 2022 – Pada 13 Oktober 2022, Pegawai Pemeriksa Aset dan Pegawai Pemverifikasi Stor telah membuat pemeriksaan asset alih kerajaan dan verifikasi stor bagi tahun 2022 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan aset dan stor di pejabat dari segi susun atur dan rekodnya.
Pemeriksaan telah dibuat oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Cik Nur Fatheen Khairuzan Binti Seleman, Tuan Haji Khalid Bin Hamid dan Cik Margaret Anak Sawing. Para pegawai pemeriksa telah disambut oleh Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama pegawai dan kakitangan pejabat yang lain.
- JBS Sarawak
- Hits: 223
