SEBANGKOI, SARIKEI - 2 OKTOBER 2022
Kembara Explorasi Bukit Kayu Malam pembuka tirai untuk Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Bahagian Sarikei. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Taman Rimba Sebangkoi, Sarikei.
Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama Kelab KEMADAS MDS dan DUTON Club telah berjaya menarik sebanyak 98 peserta yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti Jungle Trekking, Camping, Treasure Hunt dan Cleaning The River.
Puan Felicia Tan Ya Hua, Residen Bahagian Sarikei telah merasmikan program tersebut sebelum bermulanya aktiviti ekplorasi yang telah dijalankan dengan jayanya sebelum berakhir program tersebut pada 2 Oktober 2022.
Pelbagai program yang serentak dijalankan di sekitar Bahagian Sarikei bersempena Hari Sukan Negara 2022.
- JBS Sarawak
- Hits: 247
