MIRI, 27 SEPTEMBER 2022 – PBSB Miri telah dijemput menghadiri majlis perasmian Kelab Seven Stone Motor Sport Club pada 24 Ogos 2022 lepas yang bertempat di EastWood Valley, Miri. Majlis itu telah disempurnakan oleh Caunselor Jefrey Phang mewakili Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin. Sebelum majlis perasmian berlangsung, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri iaitu Encik Roley anak Lagir telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan dan pesanan kepada Kelab Seven Stone Motor Sport Club.
Semoga dengan penubuhan kelab ini, dapat membantu dan memanggil ramai lagi belia di luar sana untuk bergiat aktif dalam sukan. PBSB Miri mengucapkan tahniah kerana berjaya menubuhkan kelab ini dan terima kasih atas jemputan untuk menyertai majlis tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 205
