MIRI, 25 Julai 2022 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada Kelab Pemuda Pujut pada 20 Julai 2022 (Rabu). Kunjungan ini ialah bertujuan untuk menerima sijil perakuan pendaftaran Kelab Pemuda Pujut yang telah diluluskan pada 30 Jun 2022 dibawah Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Sijil perakuan pendaftaran tersebut telah diserahkan sendiri oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.
Tahniah di atas penubuhan kelab tersebut dan semoga ramai lagi belia berminat untuk menubuhkan kelab-kelab yang memberi manfaat kepada belia di luar sana.
- JBS Sarawak
- Hits: 237
