- JBS Sarawak
- Hits: 207
MYY COLLECTOR’S GUILD MENJADI TUMPUAN BELIA SEMPENA HARI BELIA NEGARA BAHAGIAN MIRI 2022
MIRI, 9 SEPTEMBER 2022 - Sempena Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri yang lepas, salah satu lokasi menjadi tumpuan belia ialah kaunter pameran dan jualan MYY Collector’s Guild di Dewan Serbaguna IKBN Miri pada 27 Ogos yang lalu. Pengumpul Gundam, Hotwheels, Anime dan sebagainya sudah pasti juga tidak melepaskan peluang ini. Ramai yang hadir memberikan aksi teruja mereka melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan pada hari tersebut.
Sebanyak 25 kaunter dibuka untuk MYY Collector’s Guild. Sambutan yang hangat itu bukan sahaja menarik minat para pengumpul malah belia-belia dan tetamu jemputan yang hadir semasa majlis sambutan hari belia Peringkat Negeri Sarawak 2022. Aktiviti sebegini telah memberi peluang kepada para pengumpul untuk berkumpul dan mempamerkan sertai menjual produk hobi mereka. Turut memeriahkan tapak pameran tersebut ialah pasukan Cosplay dari sekitar Bahagian Miri.- JBS Sarawak
- Hits: 207
