PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU
SIBU, 4 SEPTEMBER 2022 - Hari kedua Program 1000 Liga bagi acara Badminton telah melabuhkan tirainya. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan turut diiringi oleh Encik Adli Bin Ali Akebar pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Maeltree. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan juga pihak teknikal yang bertungkus lumus membantu untuk menjayakan program kali ini. Semoga dengan adanya program ini ia dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan masyarakat setempat khususnya masyarakat Sibu.
- JBS Sarawak
- Hits: 211
