SAMARAHAN, 16 JULAI 2022 - Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah memulakan hari pertama pada hari ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Sarawak dan bertempat di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS.
Majlis Perasmian Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN N.36 Layar. Turut bersama iaitu Yang Berusaha Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah, mewakili Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Yang Berbahagia Tuan Haji Zambari Bin Haji Baijuri, Pengarah Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS.
Sebanyak 16 pasukan daripada 12 bahagian seluruh negeri Sarawak menyertai kejohanan ini melibatkan sebanyak 186 penyertaan termasuk Atlet, Jurulatih , Pengurus Pasukan dan Pegawai Pengiring.
Bakal Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2,000 berserta Trofi dan melayakkan diri ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos 2022 nanti.
#MSL2022
#TowardsSportingNation
#jbsnsarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 220
