Rombongan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membuat Kunjungan Hormat kepada Residen Bahagian Sarikei, Puan Felicia Tan Ya Hua bagi menyampaikan taklimat berkenaan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat bahagian Sarikei yang akan diadakan pada 10 Oktober 2022 bertempat di Kompleks Sukan Sarikei.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana HSN Peringkat Bahagian Sarikei akan diadakan pada 20 September 2022 akan datang.
Mukah, 15 September 2022 – Majlis Penangguhan Rasmi Liga Tunas Malaysia Kategori Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Mukah 2022 telah disempurnakan oleh Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 14 September 2022 di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Seberang Mukah. Beliau sebelum itu turut menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan SK Kampung Seberang Mukah menentang SK Agama Mukah yang berkesudahan SK Kampung Seberang Mukah memenangi perlawanan dengan dua jaringan berbalas kosong.
Beliau turut menyampaikan hadiah wang kemenangan dan medal kepada pasukan yang menang. Turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Kueh Peng Choon, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Tuan Khairul Annuar Presiden Mukah FA serta guru-guru yang terlibat dalam jawatankuasa pengelola program. Pasukan SK Kampung Seberang Mukah telah membawa hadiah wang kemenangan sebanyak RM 1,000.00 beserta pingat manakala naib johan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM 700.00 beserta pingat.Tempat ketiga bersama pula masing-masing mendapat RM 300.00 beserta pingat.
Mukah, 15 September 2022 – Majlis Penangguhan Rasmi Liga Tunas Malaysia Kategori Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Daro 2022 telah disempurnakan oleh Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 13 September 2022 di Padang Sekolah Kebangsaan Abang Gesa Belawai. Beliau sebelum itu turut menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan SK Abang Gesa Belawai menentang SK Semop yang berkesudahan dengan penentuan sepakan penalti. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Abang Gesa Belawai.
Beliau turut menyampaikan hadiah wang kemenangan dan medal kepada pasukan yang menang. Turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Rudy, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Daro serta guru-guru yang terlibat dalam jawatankuasa pengelola program. Pasukan SK Abang Gesa Belawai telah membawa hadiah wang kemenangan sebanyak RM 1,000.00 beserta pingat manakala naib johan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM 700.00 beserta pingat.Tempat ketiga bersama pula masing-masing mendapat RM 300.00 beserta pingat.
Encik Mohd. Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei menerima kunjungan Pegawai-Pegawai RELA ke pejabat.
Rombongan diketuai oleh PgR Marcellinous Christopher, pemangku Pegawai RELA Daerah Serian, PgR Daimen Ak Frankie Akang, Penolong Pegawai RELA Daerah Bau dan PgR Shawalludin Bin Alwi, Penolong Pegawai RELA Daerah Sarikei.
Perbincangan adalah berkenaan dengan program dan aktiviti yang bekerjasama dengan pejabat ini untuk melahirkan lebih ramai belia yang penuh dengan semangat kesukarelaan. Semoga kerjasama rapat di antara Pejabat dan pihak RELA akan sentiasa berkekalan.
Kakitangan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menghadiri Persidangan Sukan Untuk Semua Zon Borneo 2022 secara maya di Pejabat bersama NGO Sukan yang lain.
Persidangan tersebut diadakan di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.
BINTULU, 14 SEPTEMBER 2022 – “Kursus Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di UPM Kampus Bintulu pada 24 dan 25 September 2022” , satu perjumpaan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bersama Dr Zamri Bin Rosli yang telah mewakili Pengarah Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu di bilik mesyuarat UPM, Kampus Bintulu Semalam. Antara objektif pelaksanaan Kursus Pengurusan Organisasi iaitu memberikan panduan dan pendedahan serta membimbing peserta mengenai urus tadbir pertubuhan belia dalam masa yang sama menyediakan pelapis bagi menggantikkan kepimpinan pertubuhan yang sedia ada.
Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang padu daripada pihak UPM, Kampus Bintulu bagi menjayakan program KPO Peringkat Negeri Sarawak Siri2/2022 .
Mukah, 13 September 2022 – Sukan merupakan elemen penting dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat terutama penduduk di kawasan luar bandar yang sentiasa dahagakan program-program sukan. Selain itu, sukan dapat membentuk masyarakat yang sihat dan aktif sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Yang Berhormat Tuan Safiee Bin Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Daro dalam ucapan aluannya semasa Majlis Perasmian Penutupan Program Aktif@Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Dewan Masyarakat Daro memohon agar lebih banyak program sukan dan belia dianjurkan pada masa akan datang di kawasan luar bandar khususnya di daerah Daro. Kawasan luar bandar perlu diperbanyak program supaya masyarakat di luar bandar dapat seiring dengan masyarakat di kawasan bandar dalam bidang sukan.
Mukah, 13 September 2022 – Program Aktif@Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang yang diadakan pada 10 dan 11 September 2022 di Daro telah mendapat sambutan luar biasa di kalangan penduduk Daro. Program selama 2 hari yang diisi pelbagai aktiviti sukan termasuklah sukan rakyat menjadi tumpuan masyarakat Daro.
Kehadiran tetamu kehormat dalam menyertai aktiviti sukan tarik tali persahabatan juga telah menghiburkan penduduk tempatan kerana para pemimpin turut turun padang memberi sokongan dalam aktiviti sukan yang diadakan. Selain itu, program tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang telah memenuhi Program Aktif@Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Daro ialah pertandingan futsal, pertandingan menyumpit, pertandingan bola jaring, senamrobik, pertandingan tarik tali persahabatan, pertandingan asin dan pertandingan kaki tiga. Persembahan Poco Poco dan Silat Warisan Melanau SIWADA Daro turut menyerikan program.
Mukah, 13 September 2022 – Program Aktif@Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak 2022 telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berhormat, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan ) Negeri Sarawak pada 11 September 2022 bertempat di Dewan Masyarakat Daro.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Safiee Bin Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Daro, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Haji Zawawi Ahli Parlimen P.207 Igan dan Yang Berbahagia Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program Aktif@Sukan Luar Bandar merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan belia dan Sukan Negeri Sarawak dalam menggiatkan aktiviti sukan ke peringkat kawasan luar bandar dan seterusnya dapat memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk bersama-sama terlibat dalam program yang dianjurkan oleh pihak kementerian.